• An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
Add to Technorati Favorites Top100Inter.Net

Salam Aidil Adha

hajj
Lama rasa tak berceloteh dalam bahasa ibunda. Rasa sementara hari yang mulia ini, mahu memmbuat satu artikel dalam bahasa Melayu. Tapi sebelum itu, tak lupa untuk aku ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri/Qurban/Haji (potong yang tak berkenan). Tatkala ramai yang berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Haji, ataupun balik ke kampung untuk menumbangkan kambing/lembu/unta/gajah, aku terperap di KL, sama seperti tahun tahun tahun dulu juga.

Bercakap pasal Raya Haji ni, pernah juga aku mendengar mitos dan khabar dari orang (melayu la) yang aku berbual bersama. Mitos ini sudah dijual beli, dilempar, disepak sana sini sampaikan kalau engkau orang melayu (yang masih rasa Islam la, yang rosak lain citer. Aku sepak je), enkau mesti pernah mendengar mitos mitos pasal raya Haji ni. Antaranya

Raya Haji patut lebih meriah dari Raya Puasa. Malaysia rosak pasal terbalik
Betul juga. Kalau kita tengok di negara kita ni, memang Raya Puasa disambut lebih meriah. Siap cuti dua hari dibandingkan kalau Raya Haji yang cuti hanya sehari saja.

Tapi bagi aku, boleh dilihat dari cara lain pula. Raya Haji disambut pada 10 Zulhijjah kalendar hijrah tiap tiap tahun [sitasi diperlukan]. Ada apa lagi pada bulan itu? Ye, orang pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadat Haji. Jadi dari satu aspek, banyak juga keluarga yang ahli tidak cukup, ataupun bagi yang berada, tiada terus di Malaysia ketika tarikh itu. Dan dari pengalaman sendiri, mereka yang tinggal ini kurang bersemangat untuk menyambut ketibaan hari ini tanpa kuota penuh keluarga.

Perlu diingatkan juga, meriah itu suatu yang relatif. Raya Puasa dikatakan lebih meriah kerana orang ramai pergi melawat rakan taulan, sanak saudara, kubur, teman lelaki, teman wanita, perempuan simpanan, dll pada hari itu jikalau dibandingkan dengan Hari Raya Haji. Rumah terbuka juga lebih banyak.

Disebabkan itu aku juga ingin mengingatkan yang pada hari ini, dan 2 hari selepasnya adalah hari di mana umat Islam digalakkan berkorban binatang untuk diagihkan pada fakir miskin. Aktiviti berdarah ini selalu dilakukan beramai – ramai secara gotong royong sesama komuniti, jadi memang satu benda bodoh la kalau seseorang itu menyangkakan ada rumah terbuka tatkala orang lain sedang bertungkus lumus menyediakan binatang sembelihan.

Tapi orang kata sambutan kat Kelantan lagi meriah
Betul ke? Aku orang Kelantan, tak pernah pun aku rasa lagi meriah? Aku rasa ini antara benda paling lawak sekali aku pernah dengar sepanjang aku jadi orang Kelantan. Atau mungkin benda ni yang sudah lama, tapi orang masih lagi berpegang pada pandangan lama ni.

Benda ini subjektif sebenarnya. Mungkin kerana pada musim musim Haji yang lepas, tak ramai orang Kelantan pergi menunaikannya. Betul Malaysia ada satu sistem perbankan khusus bagi Haji yang tiada kat tempat lain, yakni Tabung Haji. Dengan sistem ini, proses untuk mengerjakan Haji diuruskan sepenuhnya oleh Badan Tabung Haji. Tiket, Visa, Penginapan, Kendereraan, dll. Seseorang itu hanya perlu menyimpan wang dan tunggu ianya cukup, dan dia berpeluang untuk mengisi kuota untuk menunaikan ibadat Haji. Tetapi dari satu segi juga, kalau nak diikutkan situasi dulu yang dimana orang Kelantan agak daif berbanding dengan orang negeri lain juga menyebabkan wang yang disimpan oleh mereka juga kurang berbanding dengan orang lain. Jadi peluang untuk mereka cukup syarat simpanan adalah lebih rendah, jadi lebih ramai berada di Malaysia pada ketika musim itu.

Mengikut statistik, dalam 5 tahun lepas orang Kelantan yang paling ramai berhijrah keluar untuk mencari pekerjaan di negeri negeri lain, dan majoriti mereka terus menetap di negeri angkat mereka, dan beranak pinak di sana. Tatkala ini aku melihat ramai yang sudah mula kurang kembali ke Kelantan pada masa musim musim perayaan kerana sibuk menjaga keluarga. Ini adalah salah satu penyebab Raya Haji di Kelantan sudah tidak meriah seperti dulu.

Berbalik pada Raya Haji, aku sudah mula menghargai sistem Qurban “kamu bayar dan kami uruskan” yang makin diamalkan sekarang. Kita diharuskan untuk memberi sedekah 1/3 dari bahagian yang dikorbankan pada fakir miskin dan orang yang memerlukannya. Tapi aku masih teringat pada waktu aku di kampung, kerana ramai orang di tempat itu berkorban, maka tak banyak daging yang sampai pada orang yang sepatutnya. Alih alih daging daging itu disimpan dalam peti ais, dan tak dimakan, akhirnya menjadi satu kerugian.

Sistem yang disebut di atas pula adalah di mana kamu membayar masjid/surau bagi bahagian binatang yang kamu ingin sedekahkan, dan menggunakan Jabatan Agama Islam negeri, ia diagihkan pada fakir miskin mengikut dalam pengkalan data mereka. Ada juga yang dihantar ke negara negara jiran yang mana umat Islam mereka sangat daif dibandingkan dengan di negara ini, seperti di Myanmar dan Laos. Dari satu segi, ia memastikan yang apa yang kita mahu dermakan SAMPAI ke orang yang sepatutnya, dan itu yang kita mahu. Satu lagi ia mengelakkan pembaziran yang tak sewajarnya.

Aku juga rasa gembira pada tahun ini kerana pada pertama kalinya, tiada budak budak bodoh bermain mercun pada waktu malam tatkala orang lain ingin beristirehat.

Tapi aku juga rasa terkilan pada rakan rakan bukan Islam aku yang tak mengambil tahu hari ini adalah Hari Raya Haji. Padahal aku tahu kesemua hari kerayaan mereka. Adakah kami begitu tidak penting sampaikan boleh dilupakan begitu saja? Hendak jadi 1Malaysia? Tak mungkin…

Jadi sampai sini sahaja nukilan bodoh pada hari Raya yang agak membosankan ini. Aku harap tiada orang yang terkilan, atau terguris perasaan, dan jikalau ada, aku hanya boleh memohon maaf kerana aku hanya menyatakan apa yang terbuku di hati saja.

Assalamualaikum.

Terlalu Panjang; Tak baca: Raya tahun ni bosan.

Post to Twitter Post to Facebook

1 comment to Salam Aidil Adha

  • Yang cakap raya kat kelantan tu meriah, orang kelantan sendiri. mungkin sebab sikap kenegerian tu tahap lampau. ni jenis orang yang anggap kelantan uber alles. kalau nak cakap kemeriahan secara total dalam malaysia, semestinya negeri2 cam kelate, ganu, perlih dan kedoh agak meriah untuk perkara macam ni. sebab dari segi kemiskinan, negeri2 ni agak ramai penduduk miskin dan sederhana. yang kaya2 sumer kat kolumpo, selangor, perak, penang, melaka dan johor (sabah ngan serawak tak masuk pasal negara lain). jadi, memang logik dari segi purata para ahli taubat yang pegi ke Mekah tu orang2 dari negeri kaya yang dimaksudkan tadi. dari segi hukum matematik persamaan serentak tadi, kita dapat la bayangkan kat negeri2 kaya ni agak sedikit orang memeriahkan raya korban berbanding negeri2 kat utara dan pantai timur. itu yang dikatakan kenapa orang kelantan cakap raya tempat dia meriah. tapi itu dulu. sekarang ni ramai je orang2 kaya dari pelbagai negeri (termasuk di luar malaysia). nak pegi taubat 5-6 kali pun takpe sambil ulang2 buat dosa sama.

    oh, tertinggal negeri sembilan. aku ingat tadi negeri tu tak kira negeri tadi.

    [Reply]

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>